10 Kelebihan dan Kekurangan Forex Trading

10 Kelebihan dan Kekurangan Forex Trading.


Hai!. Perkongsian hari ini adalah tentang 10 kelebihan dan kekurangan forex trading yang harus anda ketahui sebelum memasuki bidang forex. Kenapa? Ia kerana ramai orang beranggapan forex itu sangat mudah untuk membuat duit, ini kerana mungkin disebabkan apa yang diiklankan di laman web atau review orang tentang forex itu mudah mendapatkan wang. Memulakan trading di forex adalah sebuah keputusan yang membawa kepada keuntungan atau kerugian kepada trader. Tetapi kita perlu tahu trading di forex ini juga sama seperti kerja yang lain dan pastinya mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri.

Kelebihan Forex

1. Kos Permulaan yang Rendah
Untuk trade dalam pasaran forex sekarang ini, trader boleh memulakan trading bermula 10usd malah lebih rendah dari 10usd broker juga ada sediakan bergantung kepada pihak broker. Tetap kebanyakan broker terima permulaan dagangan serendah 10usd berbanding dengan saham modal permulaan lebih besar. 

2. Waktu Market
Market forex dibuka 24jam 5 hari seminggu, sabtu dan ahad pun buka tetapi broker juga nak cuti, jadi sabtu dan ahad market forex tutup pada kebanyakan broker. 

3. Anda Dalam Kawalan
Antara paling best adalah kerjaya kita ceburi ini dapat kita kawal sendiri tanpa pengaruh orang lain. Di sini anda sendiri yang atur plan dagangan anda, yang jelas hanya anda dan chart(market) sahaja. Semua keputusan dalam tangan anda, bila hendak masuk pasaran, berapa target harian dan risiko harian yang anda sanggup tanggung.

Komuniti trader forex antara komuniti yang paling besar berbanding komuniti yang lain seperti saham, komoditi dan matawang crypto. Dengan adanya komuniti yang luas ini, anda dapat menimbah ilmu pengetahuan dalam forex melalui perkongsian pengalaman, dan juga mengajukan soalan-soalan yang anda kurang pasti jawapannya. Selain itu, anda juga mendapat tips tips trading lainnya seperti pembelajaran forex. 

Pasaran saham, bon dan juga komoditi selalunya sering dipengaruhi oleh kerana maklumat yang penting selalunya dipegang oleh individu yang berkepentingan, tetapi pasaran forex tidak. Agak susah untuk dipengaruhi mana-mana individu kerana segala maklumat di pegang oleh kerajaan atau bank pusat negara yang tertakluk kepada pengawasan yang ketat. 

Sehari dalam pasaran forex melakukan transaksi dianggarkan bernilai 5 trilion USD di bandingkan pasaran saham yang dianggarkan 200 bilion sehari. Ini menunjukkan pasaran forex lebih besar berbanding pasaran saham.

Keuntungan dalam forex dapat di jana ketika pasaran forex dalam keadaan trending. Ketika trending menaik trader akan masuk posisi Buy, ketika trending menurun para trader masuk posisi sell. Ketika market dalam keadaan ranging(sideway) para trader tidak melakukan open posisi kerana arah market tidak jelas sama ada menaik atau menurun. Dalam hal ini, trader perlu bijak memilih pair matawang dan juga membuat analysis matawang tersebut antara faktor- faktor yang mungkin mempengaruhi matawang tersebut. 

Dalam pasaran forex, ia bergantung kepada perbezaan harga bid & ask atau lebih dikenali sebagai spread yang boleh dilihat di laman web setiap broker.

Terdapat 8 matawang utama iaitu EUR, AUD, CAD, NZD, GBP, USD, CHF dan JPY. Apabila digabungkan dengan matawang yang lain, kita akan mendapati 28 pair matawang yang biasanya didagangkan dalam pasaran forex. 

10. Peluang Keuntungan
Dengan paras level leverage yang tinggi dalam pasaran forex, para trader mempunyai peluang dan manfaat untuk menjana keuntungan mereka. 

Kekurangan Forex

Volatility bermaksud kekuatan pergerakan turun dan naik market yang boleh menjadi kelebihan dan kekurangan untuk trader. Ianya memang sukar untuk meramal perkembangan macroeconomi dan politik sesebuah negara yang akan memberi pengaruhi kepada volatility pair matawang sesebuah negara. Oleh itu, trader akan cuba mencari keuntungan dalam jangka pendek kemungkinan besar terdedah pada market pergerakan yang volatility yang tinggi dari masa ke semasa. Contohnya ketika berita ekonomi atau politik yang dikeluarkan. 

Salah satu kenapa ramai orang suka dengan forex juga adalah forex menawarkan leverage yang besar. Walaupun leverage besar memberikan potensi keuntungan yang besar, kita perlu ingat jika tahap leverage yang lebih besar maka risiko pun menjadi sangat besar. 

3. Penipuan
Penipuan atau scam lebih kerap berlaku dalam industri forex, kerana pulangan keuntungan yang ditawarkan sangat besar. Mereka akan menawarkan pulangan yang besar kepada retail trader, pada trader yang baru bermula zero dalam forex selalu menjadi mangsa scam ini, begitu juga kepada retail trader yang malas menambah ilmu dalam bidang forex mengambil shortcut dengan cara memberj sejumlah wang untuk orang atau scam tersebut yang melakukan trade untuk mereka tetapi sebaliknya terjadi. 

4. Emosi
Isu paling biasa dialami oleh trader adalah masalah mengawal emosi ketika melakukan trading, lagi lagi apabila perasaan takut dengan kerugian menguasi diri trader. Dalam bidang forex, risiko yang paling besar akan dialami oleh para trader adalah kehilangan kesemua modal trading mereka sekiranya tidak berhati-hati menjaga risiko ketika trading. Oleh itu, seorang trader perlu mempunyai strategi yang baik tetapi juga punya kekuatan mentality sangat penting serta memiliki ilmu pengetahuan tentang market sebanyak mungkin. 

Mungkin anda pernah mendengar trader katakan lebih 95% trader gagal dalam trading dan ianya memang benar. Tetapi jangan biarkan nombor tersebut menakutkan anda untuk menceburi bidang trading kerana ianya tidak mustahil untuk berjaya dalam forex trading dan jadikan ia sebagai sumber pendapatan anda sama ada part time atau full time.

6. Makan Masa
Forex trading tidak ada bezanya dengan bidang lain. Ianya akan mengambil masa untuk kita menjadi bagus. Berapa lama? Ianya bergantung kepada tahap pembelajaran masing-masing. Ada trader berjaya dalam masa yang pendek seperti 6 bulan ada juga setahun ke 2 dan kadang-kadang lebih lama dari itu. Tetapi ianya soal usaha kita masing-masing seberapa kerap kita melakukan latihan untuk memahami kerjaya bidang forex. Walau bagaimanapun, ianya bukan cepat dan mahirnya anda menguasai pasaran forex, ianya tentang usaha kita serta tidak mudah mengalah.

7. Bosan
Trading sebenarnya agak membosanka, kadang-kadang apabila market volatility kurang dan agak bosan kerana tiada peluang trade yang berlaku pada hari itu. Kebanyakan orang akan mula mahu trade forex dengan impian yang mereka akan dapat buat duit yang banyk. Yes, ianya tidak mustahil dalam forex tetapi ianya ambil masa untuk menjadi mahir.

Ia bergantung kepada negara mana kadar interest sesebuah negara akan memberi impak kepada pair matawang tersebut. Jika kadar interest sesebuah negara menaik, itu akan menguatkan lagi matawang negara itu, kerana para pelabur menjangkakan lebih ramai orang akan mula melabur ke dalam negara tersebut. Sebaliknya, jika negara tersebut  merendahkan kadar interest mereka, maka matawang negara akan mula melemah disebabkan para pelabur mengeluarkan pelaburan mereka. Disebabkan kadar interest berhubungan dengan sesebuah negara, ia boleh memberi impak atau perubahan yang dramatik di dalam pasaran forex.

9. Penentuan Harga
Meramal sesuatu pergerakan arah matawang sering dianggap satu proses yang agak kompleks. Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi arah market seperti ekonomi dan politik sesebuah negara. Trader perlu melakukan teknikal analysis untuk menentukan arah pergerakan market tetapi ianya masih belum cukup, trader juga perlu lakukan fundamental analysis untuk mengetahui faktor-faktor yang bisa mempengaruhi pergerakan matawang negara tersebut.

10. Persaingan
Kita sebagai retail trader forex perlu berlawan dengan ramai pihak lain seperti individu retail trader yang lain, juga institusi seperti bank dan hedge fund yang dikenali pemain besar dalam pasaran forex kerana mereka bukan biasa-biasa besar. Dalam bidang ini, ianya tentang siapa yang memiliki banyak informasi serta ilmu tentang market yang akan berjaya.

Seperti itulah 10 kelebihan dan kekurangan forex trading, untuk memahami lebih lagi ia bergantung kepada diri masing-masing. Menceburi bidang forex  memerlukan ilmu pengetahuan yang luas serta mental yang kuat supaya mampu bertahan lebih lama dalam bidang ini. 

Ulasan

  1. 𝗔𝘂𝘁𝗼𝗿𝗲𝗯𝗮𝘁𝗲

    Mendapatkan sampai $30 per lot.

    APA KEUNTUNGAN UNTUK AUTOREBATE DARI FORTFS?

    ✔ Salah satu rebate paling royal di market - $30 untuk setiap lot.
    ✔ Penarikan pembayaran tanpa batasan apa pun
    ✔ Instrumen perdagangan yang beragam
    ✔ Total velume perdagangan lebih besar, semakin tinggi imbalannya.

    Informasi selengkapnya mengenai autorebate dari Fortfs silahkan kunjungi halaman ini 👉 https://bit.ly/35Af0NR

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Belajar Asas Support and Resistance(SNR)

Forex Mudah Faham

Apa itu OHLC?